Wednesday, August 5, 2015

Mee goreng dan Mee hon

Tulis resepi sini nanti encik abang nak makan senang nak rujuk.

Mee Goreng.

Bahan2: bawang putih, bawang merah, kicap pekat, sos cili, kicap, lada kisar, ayam, telur, sayur, mee kuning.

Tumis bawang putih bawang merah, masukkan lada, masukkan ayam, masukkan sos dan kicap, masukkan telur, masukkan sayur, masukkan mee.

Mee hon goreng.

Bahan2: bawang putih, bawang merah, lada kisar, ayam, udang kering, taugeh, mee hon

Tumis bawang putih bawang merah. Masukkan lada kisar satu sudu, bagi keluar minyak pastu masukkan udang kering then masukkan ayam. tumis kering2 jgn bg lembap. pastu masukkan meehon dan taugeh. Garam letak atas mee hon.

Ok dah. baru selesai kursus 2 jenis masakan dengan ibu. Long list to go.

Mohon tabah jadi suami saya haha.

Mrs Azizi

Alhamdulillah..

Selamat di ijab kabulkan dengan Muhammad Azizi bin Ismail pada 24 Julai 2015 dengan diwalikan oleh ayah.

Alhamdulillah..

Alhamdulillah kerana dapat melihat ibu dan ayah tersenyum sepanjang majlis perkahwinan saya.

Terima kasih Allah atas nikmat yang Kau datangkan secara tiba-tiba ini. Semoga rumahtannga memperolehi redho Allah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah yang sempurna sifatnya dan dikurnikan rezeki yang halal lagi diberkati. Ameen ya Rabb..

Friday, July 10, 2015

14 more days to go..

Bismillahirrahmanirrahim..

14 more days to go till my wedding.

Tak sempat nak buat persiapan sebab i have every other day oncall sampai raya T____T.

Alhamdulillah along dah start cuti, boleh tolong2 buatkan gubahan hantaran. Nak harapkan aku yang tangan kayu ni memang ke laut.

Alhamdulillah aku dah start solo call ICU. Tapi banyakk lagi yang kene belajar. Terutama ABG dan ventilator machine.

Banyak benda nak kene study. Study OT, study ICU dan most important thing study macam mana nak jadi isteri.

Tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Excited sebab tak sabar nak kawen tapi takut mampukah jadi isteri yang baik..

Mohon Allah bantu dan baiki kelemahan diri..


Friday, June 19, 2015

Counting days..

Bismillahirrahmanirrahim..

After 3rd discussion, finally my parents agreed with the idea for us to get married first, the reception will be later.

So here we go,

My wedding will be on Friday, 24th of July 2015 at 2.30pm. (insyaAllah)

The reception: 19th of September 2015.

May Allah ease everything. He is the one who plan for these and send him into my life out of sudden.
Ya Allah aku hambaMu yang sangat lemah.

Permudahkanlah supaya hati kami disatukan dibawah rahmat dan kasih sayangMU.

Ameen..

Monday, June 1, 2015

Thursday, May 28, 2015

Stres

Bismillah..

Lagi 113 hari lagi insyaAllah.. Slowly counting down.

Stress dan tak tahu nak mula dari mana.

Kat hospital stress dengan boss sebab asik kene marah. Yes bos im new and i know nothing about icu. Please spoon feed me.

Kat rumah stress sebab lama dah tak duduk borak2 dengan ibu ayah sebab jadual pack dan tight.

Lagi stress bulan 6 ni aku kene g kursus kat Pullman bangsar tapi aku kene keluarkan duit sendiri more than rm 1K. Memanglah boleh claim tapi agakla kan berapa lama claim aku nak lulus.

Entah la ek.

Allah tolong aku..

Sunday, May 3, 2015

Adik bongsu

Kalau tanya adik aku..

Angah: atin, camne angah nak jadi isteri ni?

Atin: ala tengok je drama melayu. Tengok tutorial.

Kalaulah hidup berumahtangga itu semudah abc..