Coretan di sini supaya menjadi kenangan masa depan.
27/2/2022, Ahad: sedang melayan angin pantai di Port Dickson, along beritahu ayah positive covid. Buat RTK lepas asar tadi dan ianya positive. Kepala terus jem. Tak tahu nak react mcm mana. Tapi aku tahu aku kene balik rumah untuk melihat ibu dan ayah. Minta izin boss untuk EL hari isnin.
Jam 10pm aku sampai ke rumah. Balik rumah aku lihat ayah terbaring lemah, batuknya menyakitkan. Tapi tekanan darah dan oxygen masih stable. Aku suruh ayah rehat, lagi 4 jam angah datang untuk cek lagi.
28/2/2022, Isnin: Jam 4pagi, oxygen ayah 91-92%. Aku pujuk ayah untuk ke hospital. Ayah kata ok dan mahu ke private. Aku call KPJ Muar, alhamdulillah ada katil kosong. Tapi bila ayah dengar kene standby sampai rm100k, ayah tak mahu masuk hospital private. Mahal katanya
Pagi itu kami solat subuh berjemaah. Masing-masing pakai mask, ibu solat jarak semeter dari ku. Lepas solat kami baca al-Mathurat. Ibu pujuk ayah untuk pergi je ke private hospital, selesa sikit. Akhirnya ayah bersetuju.
Jam 8 selepas breakfast, kami gerak ke KPJ Muar. Aku pakai n95 mask dan buka semua tingkap kereta supaya pengudaraan lancar.
Sampai di KPJ process sangat mudah. Lepas bayar deposit, 10 minit kemudian ayah terus di bawa ke ward. Selepas tu aku, ibu dan aliah mencari barang2 lain sbb ayah nak biskut dan buah anggur.
Jam 4.30 petang, kami tiba di Segamat. Aku minta ibu buat RTK sebab ibu dah start ada sakit tekak. RTK positive! Ya Allah..
Kami telefon ayah untuk maklumkan berita ini. Ayah menangis. Ayah minta kami bawa ibu ke KPJ juga untuk menerima rawatan. Jam 6.00pm kami gerak ke Muar.
Process kemasukan ibu ke ward agak lama sebab waktu maghrib kami sampai, pesakit agak ramai di kecemasan. Aku menunggu sehingga jam 9 malam.
Selesai urusan kami pulang ke Segamat..
Jam 11 malam sampai di Segamat, along buat RTK pula. Positive! Allahu…
Tapi along xde gejala yang teruk. Hanya batuk dan sakit tekak. Demam on and off.
1/3/2022: aku selesaikan barang-barang dan ubat-ubatan anak2. Aku minta izin suami untuk mereka tinggal di Segamat. Sebab aku risau, satu persatu ahli keluargaku positive. Alhamdulillah suami memberikan keizinan.
Petang itu aku pulang ke Shah Alam..
2/3/2022: RTK Aliah positive. Sedihnya rasa.
3/3/2022: Keadaan Aliah semakin teruk..Petang tu habis mesyuarat aku terus berkejar balik Segamat untuk bawa Aliah ke hospital. Alhamdulillah along tolong hantarkan Aliah ke Tangkak, jadi kami berjumpa di Tangkak dan kami meneruskan perjalanan ke Muar.
4/3/2022: Alhamdulillah ibu dan ayah boleh keluar daripada hospital dan sambung kuarantin di rumah. Hari Jumaat aku minta half day dengan boss untuk bergegas ke Muar. Alhamdulillah semua urusan dimudahkan.
5/3/2022: Pulang ke shah alam dengan suami dan anak2. Alhamdulillah semua selamat. Alhamdulillah aku buat daily RTK negative.
Semoga kita semua dilindungi.