Sunday, June 29, 2014

Catatan 1 Ramadhan

Nak mencoret sikit. Kisah semalam.

Sepatutnya malam semalam aku ditugaskan menjaga Asthma bay, so aku dah berangan2 nak mengaji alquran dan dapat qiam sekejap. 

Dalam pukul 11.00pm macam tu MO request aku di upgrade ke Red Zone, ganti sorang HO yang diaorg tak suke. Katanya ada 2 referred case dari Pontian Hospital for intra-abdominal injury.

Ok so dalam pukul 12.00am kami di red zone dah stand by nak terima kedatangan patient. Sempat la sambil tunggu tu aku mengaji 5 muka surat.

Pukul 2.30am patient pertama sampai. Tapi patient myocardial infarction. Lepas tu berderet masuk kes2 dari Pontian. Dalam pukul 4am bila dah nak setel, aku baru nak buang gown biru yang panas tu ke dalam tong sampah, satu patient singaporean trauma case masuk. GCS 9, terus intubate. 

Pukul 5.00 am sahur kejap. Lepas sahur ada patient kene insert chest tube sebab ada hemopneumothorax. Sebagai houseman yang tak jonah, aku baru sekali je assisst chest tube. So harini arif sebagai partner aku ajar aku mcm mana nak buat. CXR post chest tube insertion showed it's insereted at 7th intercostal space. LOL. Biarkan jela. aku dah tak larat.

Pukul 7.55am, 3 ring bell (alert red zone) berbunyi. Arghhh aku stress. Patient upgraded from yellow zone for chest tube (lagi!). Partner aku ni memang Jonss. 

Pukul 8.45am punch out card.

Sekian catatan first Ramadhan.

Mohon dapat habiskan 30 juzuk alQuran.

Mohon doa dimakbulkan. Mohon dipertemukan lelaki yang soleh sebagai seorang suami. Allahumma ameen.

P.s: partner aku tu dah kawen. Isteri dia cun gile macam bidadari.

Monday, June 23, 2014

Kerana terpaksa aku relakan.

Ok this is amazing. Aku jarang tgk cerita melayu tapi cerita ni memang best.

Dulu aku pernah tgk cerita korea My Girl dan aku sangat suka cerita tu. Dan kali ini aku punyai perasaan yang sama.

Ok. I need to marry now.
Lol.

Sent from my iPhone

Thursday, June 19, 2014

Dedikasi

Houseman redzone katanya.

Dedikasi? Semalam aku sorang2 survive MO aku tidur.

Hanpeh.

Saturday, June 14, 2014

Breakfast

Scramble egg. Memang sedap.

Sekarang dah kene berjimat. Mungkin setiap hari makan telur sahaja.

Ex MITT

Tetamu dari singapore yang pakai tudung bunga2 tu. Namanya kak zilah.

Kami semia bekas pelajar sekolah Maahad Tahfiz Tarbiyah Pasir Gudang Johor.

Wah rindu semua orang.