Friday, October 31, 2014

Saturday, October 25, 2014

Tahun Baru 1436 H

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah kita telah memasuki tahun baru tahun 1436 Hijrah. Selamat tahun baru diucapkan kepada semua pembaca.

Aku sedang membaca buku bertajuk Komplot Syiah untuk Menakluk Dunia. Dan antara isinya adalah persekongkolan pihak dajjal laknatullah dan syiah. Dan kita sekarang berada di tahap ketiga kemunculan dajjal yang bermula dari tahun 2000-2020.

Dan aku musykil dengan agenda Mahathir yang mensasarkan Malaysia maju 2020. Kenapa 2020? Ada apa dengan 2020?

Adakah mahu membuat masyarakat terlalu taksub untuk mengejar teknologi untuk mengejar wawasan 2020 sehingga melupakan tugas khalifah dan hamba di muka bumi ini?

Itu persoalan yang sedang bermain di kepala.

As today, aku tagging. Tapi dari pukul 8 pagi sampailah ke saat aku tengah type entry ni, belum ada sebarang kes yang menjelma. So habis je publish entry ni aku pecut lah balik rumah.

Seharian di hospital, baca buku Syed Alwi Attas bertajuk Mungkinkah ini Solat Terakhirku. Dan selebihnya menonton detective conan kat you tube. LOL.

OKlah esok aku dan Boss Lu akan incharge elective surgery. Dan Bulan November akan start tagging call.

Sebenarnya aku nak tulis, aku sangat menyesal dengan kehidupanku yang lampau. Yang telah banyak aku mensia-siakannya. Allahurabbi.. ampuni aku. Dan jangan biarkan aku melakukan kesilapan yang sama.

Aku lebih bahagia hidup begini. Biarlah orang nampak single is lonely. Tetapi sebenarnya fatrah ini lebih mentarbiyah hati supaya yang ada di dalam satu rongga ini hanya Allah.

Dan semoga yang bakal hadir nanti juga lebih mendekatkan aku dengan Allah. Entah bila..


Monday, October 20, 2014

Alhamdulillah

Bismillah..

Lama dah tak mencoret sesuatu di blog ini.

Mungkin sebab masa2 lapang lebih banyak membaca buku dan luangkan masa dengan family.

Alhamdulillah kehidupan kini lebih tenang. Dekat dengan ibu dan ayah. Makanan lebih terjaga halalnya. Tak balik rumah lewat malas kerana berpeleseran  berjalan2 selepas habis kerja. Dan yang paling best dapat solat berjemaah dgn ibu.

Tapi rasa bersalah kat ibu. Sebab aku kadang2 tagging sampai lewat malam. Bila balik kerja terus masuk bilik dan tidur. Bila bangun pagi tengok2 atas meja ibu ada bawakkan air yang malam tadi aku tak sempat minum. Dahla dalam rumah ni bilik aku paling jauh berbanding bilik2 yang lain. Hmmmm aku harap kehadiran ku tak menambah beban ibu sebagai seorang isteri.

Anyway Alhamdulillah. Bersyukur sebab aku tak hantar appeal letter ke Jabatan Kesihatan Negeri.

All the best for myself.