Hadis dari Rasulullah SAW kepada Ibn Abbas mengenai pertolongan adalah sebuah nasihat berharga yang berbunyi: "Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah" (Hadis Riwayat al-Tirmidzi). Hadis ini menekankan bahawa hanya Allah yang berhak untuk dimintai apa pun, termasuk pertolongan, dan ia juga mengingatkan untuk menjaga hubungan baik dengan Allah agar pertolongan-Nya selalu bersama kita.
Saturday, September 13, 2025
Tuesday, September 9, 2025
In Allah we trust
Last weekend my husband cleared up this table for him. He want to settle fill up few tender document that need to be submitted on tuesday (which is today).
So this morning I asked him, have you settled it? He said he cant send the tender today because got few things missed and his company is not elligable for it.
It kind of sad things to hear but I believed Allah is the best planner. May Allah ease.
Wednesday, September 20, 2023
2nd Rotation - O&G posting
- Duration 5 months : 20/2/23-8/7/23
- Xbuat solo call macam kat medical tapi buat tag call.
- Xde nak tulis banyak, dah selesai rotation pun dah bersyukur.
- Tapi antara kenangan paling indah Ramadan sebab setiap hari lepas morning passover ada sesi tazkirah, lepas tu ada sesi tadarus Al-Quran bila free.
- Banyak aktiviti keagamaan juga mcm majlis berbuka puasa, majlis solat hajat.
- Ye Alhamdulillah..
Friday, February 17, 2023
Medical Posting - 1st year MInTFM
- Check in 3/10/2022, check out 19/2/2023. Cuti start 17/2/2023
- Tag call dengan Fatimah, Loga, Ashraf, Shanaz. Semua baik. Masa dengan Fatimah oncall terpaling chill, esoknya pun dia suruh balik tak perlu follow round passive. Masa dengan Ashraf dapat kes postnatal recurrent CVA. Masa dengan Loga dapat kes askar GCS 3 tak intubate lepas tu regain his conscious 5 mins after intubation in ward. Masa dengan Shanaz, dapat kes referral daripada dentist, came in with gum bleeding. Blood pancytopenia. Request urgent PBF. Malam tu juga hematologist suruh hantar je JB.
- Mula2 kerja dekat W3. Xde houseman. Ambil darah, GXM, tulis discharge semua sendiri. Tapi alhamdulillah balik 5pm sharp.
- Bulan kedua masuk W6 active male ward. Busy ya. Paling lambat pernah balik jam 6.30pm setelkan kes TB.
- Bulan ketiga kerja di MOPD. Macam takut2 juga sebab yela klinik pakar kan.. Selalu kami kat KK apa xtahu refer MOPD je. La ni hang kene la tahu manage sbb hang yg duduk MOPD. So semua kes aku discuss dengan pakar.
- Bulan keempat masuk COVID ward. tapi tak ramai pun kes COVID. dapat pengalaman sekali je clerk kes COVID Cat 2b. Neb tukar MDI. Kes budak lemas tapi family lambat beritahu pihak hospital maka masuk ward COVID. W4 ID ward juga. Dapat kes RVD since 2017 but refused treatment. 1st time buat LP after 4 years. Menangis mak dia masa NAR.
- Minggu terakhir di medical kerja di MOPD. Last day dapat kes AF with impending thyroid storm, HR 150. Send to ED for PTU and Lugols.
- Kenangan oncall - argh semua jonah. last oncall je dapat tidur tapi tak berani nak tidur sebab macam tak percaya boleh tidur maka akhirnya tak tidur.
- Kawan2 semua baik. Untuk procedure kalau tak tahu and asked for help diaorang sangat baik untuk membantu. Kalau panggil Hidayu datang observe, dia dan kawan2 dia semua datang ( Maizura, Farhana, Fatin). Aku doakan semua tu jadi Specialist nanti.
- Specialist pun semua baik. Biasalah kene perli juga you nak jadi specialist apa management you. But the rest semua ok. Kalau tak tahu tanya je.
- Assessment dengan Dr. Syamimi. Discuss kes dengue and diabetic nephropathy. Thank you Dr. sebab ajar saya. Semoga selamat bersalin nanti.
- Sedih pula nak tinggalkan medical. Terima kasih semua...
- Next O&G.
Saturday, March 12, 2022
Monday, March 7, 2022
Kenangan Covid 2022
Coretan di sini supaya menjadi kenangan masa depan.
27/2/2022, Ahad: sedang melayan angin pantai di Port Dickson, along beritahu ayah positive covid. Buat RTK lepas asar tadi dan ianya positive. Kepala terus jem. Tak tahu nak react mcm mana. Tapi aku tahu aku kene balik rumah untuk melihat ibu dan ayah. Minta izin boss untuk EL hari isnin.
Jam 10pm aku sampai ke rumah. Balik rumah aku lihat ayah terbaring lemah, batuknya menyakitkan. Tapi tekanan darah dan oxygen masih stable. Aku suruh ayah rehat, lagi 4 jam angah datang untuk cek lagi.
28/2/2022, Isnin: Jam 4pagi, oxygen ayah 91-92%. Aku pujuk ayah untuk ke hospital. Ayah kata ok dan mahu ke private. Aku call KPJ Muar, alhamdulillah ada katil kosong. Tapi bila ayah dengar kene standby sampai rm100k, ayah tak mahu masuk hospital private. Mahal katanya
Pagi itu kami solat subuh berjemaah. Masing-masing pakai mask, ibu solat jarak semeter dari ku. Lepas solat kami baca al-Mathurat. Ibu pujuk ayah untuk pergi je ke private hospital, selesa sikit. Akhirnya ayah bersetuju.
Jam 8 selepas breakfast, kami gerak ke KPJ Muar. Aku pakai n95 mask dan buka semua tingkap kereta supaya pengudaraan lancar.
Sampai di KPJ process sangat mudah. Lepas bayar deposit, 10 minit kemudian ayah terus di bawa ke ward. Selepas tu aku, ibu dan aliah mencari barang2 lain sbb ayah nak biskut dan buah anggur.
Jam 4.30 petang, kami tiba di Segamat. Aku minta ibu buat RTK sebab ibu dah start ada sakit tekak. RTK positive! Ya Allah..
Kami telefon ayah untuk maklumkan berita ini. Ayah menangis. Ayah minta kami bawa ibu ke KPJ juga untuk menerima rawatan. Jam 6.00pm kami gerak ke Muar.
Process kemasukan ibu ke ward agak lama sebab waktu maghrib kami sampai, pesakit agak ramai di kecemasan. Aku menunggu sehingga jam 9 malam.
Selesai urusan kami pulang ke Segamat..
Jam 11 malam sampai di Segamat, along buat RTK pula. Positive! Allahu…
Tapi along xde gejala yang teruk. Hanya batuk dan sakit tekak. Demam on and off.
1/3/2022: aku selesaikan barang-barang dan ubat-ubatan anak2. Aku minta izin suami untuk mereka tinggal di Segamat. Sebab aku risau, satu persatu ahli keluargaku positive. Alhamdulillah suami memberikan keizinan.
Petang itu aku pulang ke Shah Alam..
2/3/2022: RTK Aliah positive. Sedihnya rasa.
3/3/2022: Keadaan Aliah semakin teruk..Petang tu habis mesyuarat aku terus berkejar balik Segamat untuk bawa Aliah ke hospital. Alhamdulillah along tolong hantarkan Aliah ke Tangkak, jadi kami berjumpa di Tangkak dan kami meneruskan perjalanan ke Muar.
4/3/2022: Alhamdulillah ibu dan ayah boleh keluar daripada hospital dan sambung kuarantin di rumah. Hari Jumaat aku minta half day dengan boss untuk bergegas ke Muar. Alhamdulillah semua urusan dimudahkan.
5/3/2022: Pulang ke shah alam dengan suami dan anak2. Alhamdulillah semua selamat. Alhamdulillah aku buat daily RTK negative.
Semoga kita semua dilindungi.
Saturday, January 1, 2022
Wrap up 2021
2021 banyak kegagalan yang saya lalui. Tetapi di sebalik kegagalan itu saya mengumpul kekuatan.
1. Saya gagal memohon HLP sebab salah isi borang. Saya letak nama FMS ketua klinik sepatutnya letak nama Dr. di PKD.
2. Saya gagal dapat band 4 dan ke atas dalam peperiksaan MEDEX.
3. Saya berjaya untuk tidak menambah hutang sepanjang 2021. Dan saya telah terminate kredit kad saya yang limitnya rm70k. Janganlah terlibat lagi dengan kredit kad. Serik..
4. Saya dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat JKNS. Macam tak sangka sebab dah pernah dapat dulu masa 2017. Alhamdulillah tq boss.
2021 tahun hijrah. Saya hijrah kewangan, saya buat keputusan untuk sambung belajar jadi FMS, tapi belum ada rezeki untuk itu.
Harapnya 2022 ada rezeki untuk sambung master. Takpe mari usaha lagi.
Saturday, January 2, 2021
2021
Welcome 2021. Semoga tahun ini lebih baik.
Setting up my goals so that i am motivated to achieve it.
To my sons: semoga cepat pandai cakap.
To my husband: I love u. My sleeping pills.
To my family: You are always my priority.
To myself: Be strong. U can do it!
Saturday, October 17, 2020
Berjaga-jagalah
Dalam dunia ni tak semua orang akan suka kita. Pada kita dia cakap lain, belakang kita dia melaga-lagakan kita.
Tak dapat nak puaskan hati semua orang.
Saya dah minta maaf harap dendam dan dengki itu surut.
Penat.
Thursday, October 15, 2020
2020
Masa aku darjah 3, aku terbayang tahun 2020 nanti umur aku 32 tahun. Fikir waktu tu mcm mana la aku nanti bila dah besar.
Sebab setiap hari nyanyi lagu wawasan 2020, tapi tak tahu apa yang di wawasan kan.
2020.
Aku di sini. Punyai seoarng suami yang baik hati, dua anak lelaki yang comel dan pandai. Tapi kami semua stranded sebab COVID-19.
Semoga keadaan akan menjadi lebih baik.
Thursday, June 27, 2019
Pengakhiran Hidup
Sunday, December 23, 2018
First and Last Entry for 2018
Banyak perkara belaku 2018. Antaranya:
1. Aku berpindah ke hospital di lembah Klang sebab ikut suami berhijrah. Tak sangka akan keluar dari Hospital Segamat. Sayang gile ok dekat hospital segamat.
2. Tak sangka duduk kat shah alam. Baru je berpindah ke sini bulan 9 haritu. Dulu rasa Shah Alam ni x best. Sebab masa study kat Intec dulu, rasa Shah Alam ni xbest sebab xde mall. sekarang ha amekk, bersepah mall. Pastu paling bahaya rumah aku 15km je ke midvalley. Pening haih laki aku.
3. Dapat second baby Muhammad Eizaz Faaez via ceaserean section. Ibu muda 30 tahun dengan 2 parut di perut. Untuk baby ketiga kita jarak sikit lah ye. Bagi kitaorang tumpu perhatian yang lebih kepada The Eizazs nih. InsyaAllah naik kerja 2/1 tahun depan.
4. Asalnya nak aktifkan blog ni untuk kongsi ilmu dan journal penyusuan. Ended up aku buat ig @eizazfaaeqz untuk kongsi kat situ. Jemput follow.
5. Alhamdulillah tercapai cita2 nak jadi breastfeeding peer counselor. A big start for a longg journey. Jom support breastfeeding.
6. Aku buat keputusan untuk quit anest. Tengah tunggu tarikh kuat kuasa dan tempat kerja baru. Semoga Allah mudahkan.
Ok semoga tahun 2019 lebih baik daripada 2018. Have a good day everyone !
Wednesday, April 12, 2017
Forever Blogger
Padahal tulis entry sebulan sekali pun susah.
Ok aku baru renew blogspot address ni kepada hanisahishak.blogspot.my, sebelum ni noormohdishak.blogspot.my.
Kalau tengok blog ni 1st entry adalah pada tahun 2014, tahun yang aku delete blog asal aku (nisahishak.blogspot.my) dan move on dari kisah cinta silam. Hehe.
Kenapa tiba2 macam semangat active nak menulis kembali. Sebab nak tulis tentang perjalanan menyusukan faaeq. Mungkin boleh jadi rujukan ibu2 dan kepada aku untuk 2nd child nnti.
Okbai.
Zaman MLM
Sharing daripada seorang lawyer yang menyusukan anak kembarnya.
Oklah dah orang nak kongsi kita pun suka la nak dengar. Tapi yang x bestnya point yang nak ditekankan adalah promote set penyusuan shaklee. Terus bosann...
Please la.. jangan commersialkan usaha murni ibu2 yang nak menyusukan bayi. Makan la milkbooster apa pun, kalau mindset dan jadual pam xjaga.. tak kan berjaya.
Sebab aku baca sharing kat whatsapp group tu masa tgh usrah malam tadi sambil pam susu (hamek kau 3 kerja dalam satu masa) so aku x fokus sgt baca. Balik rumah aku terus search kat ig omputeh ni, adake yang makan shaklee untuk jadikan milk stash diaorg bergelen2.. xde beb. Kalau kau search shaklee tu, hanya keluar shaklee malaysia.
Oh by the way, i created one ig account for my breastfeeding support. Feel free to follow me at eizazfaaeq. Thank you.
Monday, April 10, 2017
Entry 2017
Assalamualaikum wbt.. Entry pertama untuk 2017.
Selamat tahun 2017 untuk semua pembaca blog saya dan kepada keluarga kecil saya. Alhamdulillah 25 Januari 2017 saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara oper ation dengan berat 3.5kg. Nama diberikan Muhammad Eizaz Faaeq bin Muhammad Azizi.
2 bulan lebih telah berlalu. Faaeq pun dah semakin membesar. Dah pandai senyum dan ajak berbual. Berat pun berat, 6.17kg. Alhamdulillah..
Saya memang tekad untuk beri anak saya susu ibu. Dan mungkin saya akan berkongsi dan mencatat perjalanan kisah penyusuan saya di blog ini.
Semoga saya berjaya menyusukan Faaeq sehingga usianya 2 tahun.
Saturday, December 3, 2016
Rezeki yang tak di duga
Usia kandungan sudah memasuki 31 minggu. Kejap je masa berlalu.
Haritu along datang rumah, bila dia masuk rumah aku dia rasa macam serabut sangat kan, so dia suruh aku minta izin dengan suami untuk keluar beli almari. Dia nak belanja. Orang nak belanja jangan ditolak hehe.
Along belikan almari pakaian untuk kami dan baby. Along belikan juga meja jepun untuk tetamu datang dan duduk. Semuanya berjumlah rm650. Serius terharu.
Tengahari tu along offer nak masak kat rumah. So kitaorang pun masak la daging masak black paper guna daging korban yang masih penuh dalam peti. Masak dalam sekilo daging. Lebih makanan bawak ke Darul Ilmi. Along masak daging black paper, aku masak kangkung goreng tepung. Kombinasi mantap bak hang.. Sodap..
Kebetulan hari yang sama, aku panggil bibik datang rumah untuk cuci rumah. Maklumlah dah sarat macam ni mana larat nak basuh tandas2 kat rumah tu. So haritu kami pun buat la ala2 home make over. Bersih gila rumah lepas bibik cuci. Alhamdulillah. Baru la nampak macam rumahku syurgaku rumah aku tu.
Malam tu Ucu ajak g makan. Dia nak belanja makan kat kedai.
Ya Allah terima kasih sgt. Rasa macam bersyukur sangat sebab ramai sangat orang belanja, dari pagi sampai ke malam.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah..
Sunday, October 23, 2016
A prayer
Suami kata skill memandu aku dah makin teruk sebab aku dah jarang memandu sekarang. Since pregnant ni memang jadi madam je la haha.
Tak lama lagi nak hidup bertiga dah. Tak tahu la ready ke tak nak jadi parents ni..
Semoga Allah mudahkan..
Wednesday, May 11, 2016
Kalah dan menang
Bab dengar lagu memang kagum kat suami sebab dia cepat tangkap lirik lagu. Aku lembap sikit.
Dengar lagu kalah dalam menang by Mawi, betul apa yang diaa kata. Maut mengejar walaupun belum umur 50 tahun. Kalau ikut definasi anest, elderly is more than 60 years old.
Lately banyak encounter patient muda intubated. Latest ni kat icu patient umur 15 tahun intubated sebab DKA. Satu condition di mana gula dalam badan tinggi sangat sampai badan berasid. Innalillah.
Kes lain, patient muda umur 20 an accident, cedera kepala, otak, paru2, limpa, hati, tulang belakang. Innalillah.
Maut.. siapa tahu maybe kita next?
Thursday, May 5, 2016
Wednesday, May 4, 2016
Welcome 2016
Salam.
Selamat tahu baru 2016. Dah bulan may baru nak wish kann..
Nampak tak bizinya kat situ haha
Lepas dah kawin ni memang tak sempat sangat nak tulis blog.
Cerita pun banyak pok pek kat husband je.
Ok anyhow, i will try my best utk active blogging lagi sebab husband suruh tulis buku one day. About us maybe. Kisah cinta fairytale ni. Ahaks.
Tambahan baru beli tab, go pro dan few tools utk blogging maybe lepas ni boleh active sikit.
Harapan..
