Saturday, January 1, 2022

Wrap up 2021

 2021 banyak kegagalan yang saya lalui. Tetapi di sebalik kegagalan itu saya mengumpul kekuatan.

1. Saya gagal memohon HLP sebab salah isi borang. Saya letak nama FMS ketua klinik sepatutnya letak nama Dr. di PKD.

2. Saya gagal dapat band 4 dan ke atas dalam peperiksaan MEDEX.

3. Saya berjaya untuk tidak menambah hutang sepanjang 2021. Dan saya telah terminate kredit kad saya yang limitnya rm70k. Janganlah terlibat lagi dengan kredit kad. Serik..

4. Saya dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat JKNS. Macam tak sangka sebab dah pernah dapat dulu masa 2017. Alhamdulillah tq boss.

2021 tahun hijrah. Saya hijrah kewangan, saya buat keputusan untuk sambung belajar jadi FMS, tapi belum ada rezeki untuk itu.

Harapnya 2022 ada rezeki untuk sambung master. Takpe mari usaha lagi.

Saturday, January 2, 2021

2021

 Welcome 2021. Semoga tahun ini lebih baik.

Setting up my goals so that i am motivated to achieve it.

To my sons: semoga cepat pandai cakap.

To my husband: I love u. My sleeping pills.

To my family: You are always my priority.

To myself: Be strong. U can do it!

Saturday, October 17, 2020

Berjaga-jagalah

 Dalam dunia ni tak semua orang akan suka kita. Pada kita dia cakap lain, belakang kita dia melaga-lagakan kita.

Tak dapat nak puaskan hati semua orang.

Saya dah minta maaf harap dendam dan dengki itu surut.

Penat.

Thursday, October 15, 2020

2020

Masa aku darjah 3, aku terbayang tahun 2020 nanti umur aku 32 tahun. Fikir waktu tu mcm mana la aku nanti bila dah besar.

Sebab setiap hari nyanyi lagu wawasan 2020,  tapi tak tahu apa yang di wawasan kan.

2020. 

Aku di sini. Punyai seoarng suami yang baik hati, dua anak lelaki yang comel dan pandai. Tapi kami semua stranded sebab COVID-19.

Semoga keadaan akan menjadi lebih baik.

Thursday, June 27, 2019

Pengakhiran Hidup

salam.

Lately on the way balik dari klinik ke rumah i banyak dengar podcast, youtube, spotify nasyid or selawat.

Semalam i dengar youtube kisaf alif satar berbuka puasa dengan banduan akhir.

dengar lah.. serius rasa insaf. mereka sangat bertaqwa. bayangkan diaorg laksanakan solat yang terakhir sebelum dihukum mati.

Allah..

Harini tadabbur ayat Quran surah an-nisa, Allah berfirman barangsiapa yang melanggar arahan Allah, Allah akan biarkan mereka di dalam kesesatan dan masukkan mereka ke neraka jahannam.

Tapi banduan akhir ni Allah selamatkan mereka dari kesesatan dan berikan mereka hidayah di saat akhir usia mereka. Semoga mereka beroleh syurga.

Sunday, December 23, 2018

First and Last Entry for 2018

Alhamdulillah 2018 bakal melabuhkan tirai. Dan aku baru perasan 2018 aku xde post apa2 kat blog ni. Memang betul2 bersawang.

Banyak perkara belaku 2018. Antaranya:

1. Aku berpindah ke hospital di lembah Klang sebab ikut suami berhijrah. Tak sangka akan keluar dari Hospital Segamat. Sayang gile ok dekat hospital segamat.

2. Tak sangka duduk kat shah alam. Baru je berpindah ke sini bulan 9 haritu. Dulu rasa Shah Alam ni x best. Sebab masa study kat Intec dulu, rasa Shah Alam ni xbest sebab xde mall. sekarang ha amekk, bersepah mall. Pastu paling bahaya rumah aku 15km je ke midvalley. Pening haih laki aku.

3. Dapat second baby Muhammad Eizaz Faaez via ceaserean section. Ibu muda 30 tahun dengan 2 parut di perut. Untuk baby ketiga kita jarak sikit lah ye. Bagi kitaorang tumpu perhatian yang lebih kepada The Eizazs nih. InsyaAllah naik kerja 2/1 tahun depan.

4. Asalnya nak aktifkan blog ni untuk kongsi ilmu dan journal penyusuan. Ended up aku buat ig @eizazfaaeqz untuk kongsi kat situ. Jemput follow.

5. Alhamdulillah tercapai cita2 nak jadi breastfeeding peer counselor. A big start for a longg journey. Jom support breastfeeding.

6. Aku buat keputusan untuk quit anest. Tengah tunggu tarikh kuat kuasa dan tempat kerja baru. Semoga Allah mudahkan.

Ok semoga tahun 2019 lebih baik daripada 2018. Have a good day everyone !

Wednesday, April 12, 2017

Forever Blogger

Cewah tajuk..

Padahal tulis entry sebulan sekali pun susah.

Ok aku baru renew blogspot address ni kepada hanisahishak.blogspot.my, sebelum ni noormohdishak.blogspot.my.

Kalau tengok blog ni 1st entry adalah pada tahun 2014, tahun yang aku delete blog asal aku (nisahishak.blogspot.my) dan move on dari kisah cinta silam. Hehe.

Kenapa tiba2 macam semangat active nak menulis kembali. Sebab nak tulis tentang perjalanan menyusukan faaeq. Mungkin boleh jadi rujukan ibu2 dan kepada aku untuk 2nd child nnti.

Okbai.