Friday, October 31, 2014

Saturday, October 25, 2014

Tahun Baru 1436 H

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah kita telah memasuki tahun baru tahun 1436 Hijrah. Selamat tahun baru diucapkan kepada semua pembaca.

Aku sedang membaca buku bertajuk Komplot Syiah untuk Menakluk Dunia. Dan antara isinya adalah persekongkolan pihak dajjal laknatullah dan syiah. Dan kita sekarang berada di tahap ketiga kemunculan dajjal yang bermula dari tahun 2000-2020.

Dan aku musykil dengan agenda Mahathir yang mensasarkan Malaysia maju 2020. Kenapa 2020? Ada apa dengan 2020?

Adakah mahu membuat masyarakat terlalu taksub untuk mengejar teknologi untuk mengejar wawasan 2020 sehingga melupakan tugas khalifah dan hamba di muka bumi ini?

Itu persoalan yang sedang bermain di kepala.

As today, aku tagging. Tapi dari pukul 8 pagi sampailah ke saat aku tengah type entry ni, belum ada sebarang kes yang menjelma. So habis je publish entry ni aku pecut lah balik rumah.

Seharian di hospital, baca buku Syed Alwi Attas bertajuk Mungkinkah ini Solat Terakhirku. Dan selebihnya menonton detective conan kat you tube. LOL.

OKlah esok aku dan Boss Lu akan incharge elective surgery. Dan Bulan November akan start tagging call.

Sebenarnya aku nak tulis, aku sangat menyesal dengan kehidupanku yang lampau. Yang telah banyak aku mensia-siakannya. Allahurabbi.. ampuni aku. Dan jangan biarkan aku melakukan kesilapan yang sama.

Aku lebih bahagia hidup begini. Biarlah orang nampak single is lonely. Tetapi sebenarnya fatrah ini lebih mentarbiyah hati supaya yang ada di dalam satu rongga ini hanya Allah.

Dan semoga yang bakal hadir nanti juga lebih mendekatkan aku dengan Allah. Entah bila..


Monday, October 20, 2014

Alhamdulillah

Bismillah..

Lama dah tak mencoret sesuatu di blog ini.

Mungkin sebab masa2 lapang lebih banyak membaca buku dan luangkan masa dengan family.

Alhamdulillah kehidupan kini lebih tenang. Dekat dengan ibu dan ayah. Makanan lebih terjaga halalnya. Tak balik rumah lewat malas kerana berpeleseran  berjalan2 selepas habis kerja. Dan yang paling best dapat solat berjemaah dgn ibu.

Tapi rasa bersalah kat ibu. Sebab aku kadang2 tagging sampai lewat malam. Bila balik kerja terus masuk bilik dan tidur. Bila bangun pagi tengok2 atas meja ibu ada bawakkan air yang malam tadi aku tak sempat minum. Dahla dalam rumah ni bilik aku paling jauh berbanding bilik2 yang lain. Hmmmm aku harap kehadiran ku tak menambah beban ibu sebagai seorang isteri.

Anyway Alhamdulillah. Bersyukur sebab aku tak hantar appeal letter ke Jabatan Kesihatan Negeri.

All the best for myself.


Monday, September 29, 2014

District Hospital

Bismillah.

Lama tak update blog.

Selama ni aku ingatkan jadi anaest ni lepak, sbb masa surgeon buat op kita boleh relax main2 nset, tapi ternyata pandangan aku silap. Hasilnya blog sepi tanpa entry.

Ok ni aku nak tulis sikit pengalaman seminggu bekerja di district hospital.

Kan mula2 dulu aku nak appeal, kononnya tak nak pindah segamat. Anyhow, im glad i didnt proceed my appel to JKN.

Dulu aku pernah berbual dgn Dr. Jamaluddin, timbalan pengarah HSA jb, masa open house jamuan hari raya orthopedic. Aku cakap dengan dia, aku dapat hospital segamat tapi aku nak appeal.

Dia cakap dengan aku. Jangan, you are not a VIP doctor. You pergi je segamat. Infact kalau u nak ambil master I akan pilih doctor yang pernah pergi district.

Dan di akhir perbincangan beliau mengingatkan ku sekali lagi sambil membesarkan anak mata, ingat pesanan saya seperti pesanan seorang ayah kepada anak perempuan. Jangan degil.

Dan disebabkan itu, aku tidak degil untuk mengingkari arahan pindah ke segamat.

Selama seminggu aku di hospital segamat, aku rasa menyesal pula tak buat housemanship kat sini huhu. Kat sini HO boleh buat appendicectomy, LSCS. Banyak hands on procedure boleh buat. Terer weh HO sini.

Dan kau tau kenapa aku tulis entry harini. Sebab tadi sebelum balik kerja, ada seorang MO O&G buat EMLSCS mantap gile. Padahal umur dia baru setahun jadi MO.

Hebat weh. Kau tak kan jumpa MO muda kat jb yang baru setahun jadi MO boleh masuk OT buat op sorang2.

Wa makaru wa makarAllah, waAllahu khairul makirin.

Graduan UTEM 2014

Tahniah izzati.

Manufacture engineer.

Alhamdulillah.

Monday, September 22, 2014

Anesthesiologist

Bismillah..

A lot of unexpected things happened in my life.

As today, my day 2 of life in anesthesiology. I have never been expected ill go to persue my career as anesthesiologist but this is what Allah had planned for me.

Well, all the best for my self.

Sent from my iPhone