Thursday, February 26, 2015

Arif

Dulu aku ada kawan sekelas nama Arif.
Budaknya nakal gile.
Kalau masuk kelas jalan nak macam gangster. Mata merah sokmo.
Ada satu masa aku kene serang dengan budak2 laki. Aku tak ingat sebab apa. Diaorang datang ramai2 masuk kelas tendang meja dan kerusi aku pastu marah2. Arif pun ada time tu.

Tahun berikutnya aku pindah sekolah sebab atas permintaan ibu untuk tumpu pada akademik.

Lepas tu aku dengar khabar berita Arif kene buang sekolah sebab terjebak dengan ganja. Tapi tak lama lepas tu dia and the gang dapat pengampunan dan dapat masuk ke sekolah semula.

Dan kemudian aku lost contact dengan kawan2 sekolah lama.

Masa aku kat jordan aku terjumpa FB Arif, terkejut aku sebab dia dah jadi budak baik. Alim malah cemerlang dalam pengajian agamanya di Mesir. Juga telah berkahwin dengan perempuan solehah.

Kini aku tidak tahu apa perkembangan terbarunya.

Tapi aku teringat tentang dia sebab sekarang berdepan dengan budak nama Arif jugak dan sangat nakal. Baru lepas kene buang sekolah sebab dia pecahkan lampu sekolah.

Dan aku harap Arif jadi budak baik sama macam kawan aku yang nama Arif.

Monday, February 2, 2015

JONAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Hi again.

Just wake up from my not so deep sleep as i got a very very hectic day during my call yesterday.

Here i wanna write about my personal opinion about Jonahness.

Jonah in our terms mean that you are always extra busy during your call time as you received extra numbers of admission to the hospital or there is a sleepless night during your call.

I personally dont like when someone labelled themselves as JONAH. Because it looks like you are not believe in Allah.

It just happened to be during your call. And not each call you are sleepless.

So guys, you are not jonah but your call might be called as a jonah day.

Like jonah gile aku malam tadi. Zzzzz.


Tuesday, January 20, 2015

Wawasan 27

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah my life is getting better i supposed.

Tahun ni ibu dah bersara dari menjadi penjawat awam, jadi taklah rasa sunyi sangat rumah ni bila ibu sibuk bekerja. Ibu pencen awal umur 56 tahun. Dan yang paling best bersara tanpa hutang. Ohhh I adore her.

Alhamdulillah bulan ni dah start solo call after 17weeks i have been in anesthesia. Mencabar jugak bila dah solo call. Sebab aku banyak lagi tak tahu dan masih banyak yang kene belajar.

Alhamdulillah adik no 3 dah confirm placement di kilang Infineon Melaka. You make us proud sista! Group dia ada 50 orang engineer. Ada 19 orang lagi belum confirm placement. Semoga yang terbaik untuk mereka.

Jumpa tulisan ni dalam buku nota. Tak tahu adik no berapa yang conteng dan bila diaorang tulis.


Hahahadoi.

Tuesday, December 30, 2014

Umrah 2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..

Sudah 2 hari di Malaysia semenjak pulang dari menunaikan umrah. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah mengizinkan aku yang banyak dosa ini untuk menjadi tetamuMu.

Masa mula-mula tak rasa apa2. Rasa gembira pun tak. Rasa sedih dan takut pun tak. Rasa macam tak percaya, betulke aku nak g umrah. Sebab rasanya banyak tentang umrah yang aku tak tahu.

Flight dijadualkan 15/12/2014. Kami tiba di KLIA 3 jam sebelum waktu check in. Hampanya apabila diberitahu flight kami delay dan tak tahu bila akan berlepas. Maka kami diminta berehat di Aston Hotel Nilai.

Dengan izin Allah selepas 5 hari 4 malam kami bermalam secara percuma di hotel kerana ditaja oleh pihak penerbangan Flynas, kami berlepas ke Jeddan pada 19/12/14.

Dalam pada kami terkandas di hotel, ada dilaksanakan sesi bersama ustaz dan ustazah untuk persediaan melakukan umrah. Alhamdulillah dari situ banyak juga lopong2 ilmu yang terjawab.

Tak sangka, memang pergi umrah ni best. Dulu tak la rasa excited sangat bila dengar orang nak g umrah. Sekarang ni bila dah pernah pergi memang rasanya sangat best tak tahu nak cerita macam mana.

Hajat di hati mahu kerja di Madinah suatu hari nanti. InsyaAllah.

Moga Allah izinkan kami menjadi tetamunya lagi pada tahun2 akan datang. Dan saya doakan semua pembaca blog saya juga dimurahkan rezeki untuk menunaikan umrah dan menjadi tetamu Allah. Ameen.

Monday, December 8, 2014

Presenter

Bismillahirrahmanirrahim..

I feel a  bit stress now because i have another 2 more presentation to be done before i can concentrate to my Umrah trip.

I havent memorize any dua yet but i have a lot of things to ask Allah.

And today im post call and i have to prepare my slide for tomorrow presentation for pre-anesthetic course.

Ok.

Thursday, November 27, 2014

Im loving it

Ayah tanya, banyak lagi ke nak study?

Aku jawab: memang banyak. Belajar tak pernah habis.

In love with anesthesia.