Thursday, July 24, 2014

Finishing Housemanship

8.00am 24/7/2014, 26 Ramadhan 1431H

Bismillah..

Belum sempat lagi nak update tentang diri dalam blog tiada pembaca ini. Aku lebih selesa begini. Biarlah tidak perlu diheboh-hebohkan kehadirannya seperti dulu. Andai coretan-coretan ini bermanfaat pasti ditemui juga satu hari nanti.

Alhamdulillah Alhamdulillah.. tiada lafaz kesyukuran lain apabila semalam aku lulus end posting assessment Emergency Department seterusnya menghabiskan sisa-sisa akhir sebagai houseman. Alhamdulillah berjaya mengharungi 2 tahun housemanship yang banyakkkk kisah suka dan duka. Alhamdulillah.

Selepas Allah hadiahkan aku kegagalan yang sangat bermakna selama seminggu yang lepas, aku banyak koreksi diri. Kenapa aku gagal. Dalam seminggu tu ada hari yang aku rasa down dan salahkan Allah. Kenapa Allah kenapa. Kenapa dalam 7 orang kawan2 aku yang exam sama2 tapi Allah gagalkan aku. Dan alhamdulillah seperti yang aku tulis sebelum ni, ujian ini hanya kejayaan yang ditangguhkan atau orang putih kata A DELAYED SUCCESS.

Sepanjang seminggu ni hanya dua hari aku study. Selebihnya sama ada penat dan pengsan lepas balik kerja atau aku cuba memperbaiki ibadah2 yang lopong. Sepanjang hidup ini aku perasan aku susah nak berjaya kalau only study hard without pray hard. Dan aku sedar di mana silap aku dan kenapa aku gagal masa viva yang pertama.

Kegagalan aku berpunca kerana aku takde rasa tawakkal pada Allah. Aku melangkah masuk dalam bilik pakar dengan kurangnya rasa tawakkal pada Allah. Aku mungkin rasa aku dah study banyak, harapnya dapat jawap soalan2 yang ditanya. Hasilnya bila ditanya soalan yang aku tahu pun aku lupa jawapannya. Astaghfirullah..

Mohon Allah ampunkan kelalaian..

Pagi semalam sebelum exam aku tadarus surah Almukiminun. Ayat pertama surah tu Allah dah janjikan kejayaan padaku. Tenang sikit gemuruh nak exam. Tapi paling sentap bila tiba di ayat 17, Allah berfirman:

Dan demi sesungguhnya Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan ) makhluk-makhluk kami.

Allahu rabbi.. Kadang-kadang aku rasa Allah tak adil sebab tak bagi apa yang aku nak. Kita nak berjaya tapi Allah beri kegalalan. Kita nak kahwin tapi susahnya nak cari jodoh. Kita nak kaya tapi hutang keliling pinggang. Tapi sedar tak kita Allah tak pernah lalai dari menyediakan dan memberi apa yang perlu untuk kita..

Allah.. aku terduduk sayu muhasabah diri. Dan kini aku cuba belajar untuk redho dan bersangka baik dengan Allah.

Jodoh itu pasti datang. Teruskan berdoa dan berdoa.

InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment