Sunday, August 31, 2014

Pindah

Bismillahirrahmanirrahim..

Coretan selepas sekian lama tidak mencoret panjang.

Kali ini, permohonan rayuan tidak berjaya. Pengarah hospital tidak mahu meluluskan permohonan rayuan penukaran penempatan. Maka dengan ini aku akan berpindah ke Hospital Segamat pada 21 September 2014.

Mula-mula rasa memberontak juga. Tapi Allah sedang membuka satu lagi pintu untuk aku explore, maka diri ini harus terima dengan penuh kesyukuran.

Matlamat terkini untuk berada di Hospital Segamat untuk 6 bulan, insyaAllah dan seterusnya kembali memohon untuk penempatan di Jabatan Rehabilitasi. Ikutlah mana yang terbaik dan mohon Allah mudahkan.

Dan selama 6 bulan yang akan datang ini bermacam2 plan bermain di kepala. Yang paling penting selepas bertahun-tahun duduk berjauhan dari ibu dan ayah, harapnya kali ini lebih merapatkan hubungan kami. Dan semoga Allah berikan kesabaran kepadaku untuk berlemah lembut dengan ibu bapa.

Dan pastinya aku nak tolong along turunkan berat badan. Semoga berjaya hanisah.

Tapi tengah pening barang2 kat JB yang banyakkkk sangat ni sapa nak tolong angkat. Mesin basuh, tv, oven, treadmill, almari, katil, mesin air  coway etc etc etc. Aduiiiiiiii..

Monday, August 25, 2014

Sunday, August 24, 2014

Vitamin C



Bismillah.

Bila kau makin tua kan, kau sibuk mencari produk untuk remaja kan kulit.

Why not dari sekarang kau dah menjaga dan memikirkannya.

Tak yah mahal2 ambil suntikan vitamin c. Minum saja jus lemon yang kau perah sendiri.

#eatrealfood



Sent from my iPhone

Appeal

Bismillah.

Tak tahu la apa rasa sekarang. Dalam proses rayuan untuk penukaran ke hsajb.

Letak Allah diatas. Mohon Allah mudahkan.

Nak harapkan pada manusia leceh sangat proaedurnya.

Permudahkanlah ya Rabb...

Sent from my iPhone

Saturday, August 23, 2014

My sinfull day

Bismillah.

Harini adalah hari dalam bulan 8 ni yang aku makan super banyak dan malas nak exercise.

Moga Allah ampunkan dosa. Good night.

Penat nyeee (baca: gila)

Friday, August 22, 2014

Family potrait

Rehabilitasi

Bismillahirrahmanirraahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah untuk nikmat sehingga hari ini. Nikmat sihat , iman , dan islam.

Alhamdulillah 17/8/2014 aku telah mendaftar diri sebagai Medical Officer. Tamat sudah housemanship selama 2 tahun. Dan officially aku telah meninggalkan Emergency Department (ED).

Sekarang tengah floating di Jabatan Rehabilitasi sementara menunggu perpindahan ke Hospital Segamat 7/9/2014.

Tak tahu nak sedih atau suka. Sebab aku sayang HSA. Tempat aku bermula. Dan aku telah jatuh cinta dengan Rehab.

Rehab ni satu bidang yang aku tak pernah terfikir pun nak further on. Tak pernah terlintas kat kepala dan tak pernah ku sebut dalam doa. Kalau ikut pemberitahuan asal, sepatutnya aku floating di ED tapi pagi2 tu K.Nisa kata aku kene floating di Rehab. Rasa down sangat sebab aku memang kosong tentang ilmu Rehab. Dan dulu masa houseman tak pernah dan cuba elakkan diri untuk ke Rehab.

Tapi kita tak tahu kan. Kerana Allah lebih mengetahui. Bila dah daftar diri kat Rehab. Aku still in denial. First aku tak suka sebab banyakkk sangat neurological examination dan aku memang ke laut lah nak examine neuro ni. Tapi aku perlahan-lahan jatuh cinta sebab di Rehab we treat patient as a whole.

Aku mula suka Rehab masa 1st day selepas solat zohor. Kami pergi ke gym physiotherapy dan aku lihat Rehab team sedang monitor perkembangan seorang patient ni. Hatiku tersentuh. Betapa ikhlasnya mereka2 ini mahu menolong orang.

Dan ku telah jatuh cinta.

Mohon dipermudahkan urusan untuk stay di Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu.

Kasihanilah kami ya Allah, kasihanilah kami ya Rahman, kasihanilah kami ya Rahim. Mudahkanlah urusan kami kerana semua urusan adalah mudah bagiMu ya Allah.

Doakan.




Monday, August 18, 2014

Buah limau

Ok aku nak kongsi satu petua. 


Buah limau aka lemon ni memang banyak kebaikannya. Uolss boleh search kat google apa kebaikan lemon ni. Lebih bagus diminum pagi2. 


Walaupun dalam gambar ni bukan buah lemon tetapi ia adalah sejenis limau yang mengandungi khasiat yang lebih atau sama dengan lemon. 


Petua yang aku nak kongsi adalah bagaimana nak dapatkan perahan air limau dengan banyak. 


Caranya kau baling buah ni ke lantai atau ke dinding ala2 mcm main squasy sampai buah tu jadi lembut dan perhatikan hasil perahannya. Memang memuaskan. Ok selamat mencuba. 




Sent from my iPhone

All time favourite

2 makanan yang aku mudah tergoda.

1. Karipap

2. Soto.

Nyum nyum

Rasa hati

Tipu la kan kalau tak sedih.

Sedih sebab tak kan berjumpa lagi.

Dan rahsia hati akan terkubur begitu saja. Dalam diam ku titipkan doa.

Mohon yang terbaik

Sent from my iPhone

Thursday, August 14, 2014

Tuesday, August 12, 2014

Resepi Campak


Bismillah..

Alhamdulillah berjaya puasa harini. 4 more days of puasa ganti to go. 

Ok harini nak kongsi resepi sikit. But before that, to be honest, aku sebenarnya tak reti masak. Dulu reti masak masa zaman 1st year medical student, tapi lepas tu aku start diet so aku tak memasak untuk 2 tahun. So kiranya skill aku memasak tu hilang lah. Aku lagi suka buat kek or cup cake walaupun xlah selalu buat.

Jadi bila kat rumah (Segamat) aku takkan masak sebab confirm kene gelak dengan family. So better aku jadi tukang rasa je. Muhahaha. 

So harini aku nak kongsi resepi bujang aku nih. Kalau memasak ni aku suka stir fry. Tak suka masak yang berkuah tapi suka makan makanan yang berkuah. Mengada-ngada. Sebab bagi aku stir fry ni mudah. Calories pun tak banyak.

Dan aku gantikan minyak masak dengan coconut oil, gula diganti dengan madu to make it healthier.

So harini aku nak kongsi satu jenis masakan ni. Aku tak tahulah nak bagi nama apa. AYAM MASAK CECAMPAK kot.

Bahan2:

Ayam bahagian dada, sos tiram 2 sudu, sos cili 1 sudu, sos tomato 1 sudu, sos ikan 1 sudu, madu 2 sudu, halia dan bawang putih di tumbuk, cumin and rosemarry powder.

Aku perap dalam 20 minit dan tumiskan semua dalam kuali.

Dah siap. Senang mudah dan cepat. Bagus untuk orang yang nak cepat dan oncall malam ni seperti aku.

Sayur dalam gambar tu tak tahu nama apa. Bau macam rumput tapi aku masak je dengan sos tiram. Beli kat cold storage, katanya sayur organik. Layan..

Ok Alhamdulillah untuk nikmat harini. 

And tonight is my last working shift as a houseman. Bismillah..

Sunday, August 10, 2014

Green zone

Gila hebat penangan green zone.

Selalu waktu macam ni aku dah bisa bangun dan jogging atas treadmill.

Tapi ni masih tak berdaya nak bangun dan buka mata.

Tapi type email boleh pula. #eh

Harini nak bawa farah ke segamat. Mudahkanlah ya Rabb.

Sent from my iPhone

Friday, August 8, 2014

Green tea addict

Bakal tetamu Allah

Bismillah..

Sedang khusyuk membaca buku pagi tadi ibu mendatangiku sambil menghulurkan sampul surat putih. Pesannya agar diberikan ke pejabat untuk urusan cuti.

Bila buka sampul surat terus kaku rasa berdebar-debar.

Allah.. Layak kah aku menjadi tetamu.

Aaaaaaa banyak doa tak hafal lagi ni. Sibuk sangat dengan dunia. Sobs !

Jumaat barakah

Sit back and read a book.

Tuesday, August 5, 2014

ED

Bismillah.

Listening to my housemate's story whos currently a MO (medical officer) in neurosurgical dept.

Kesian dia. Working in a stressful environment. Fast and furious specialist. Yelling and shouting to MOs. She said she wanna quit.

And now she's missing ED so much.

Memang tak dinafikan ED Hsjab memang best. Everyone respect each other. Specialist baik, MO baik, staff nurse baik, MA baik. Semua baik. Tak kan sama macam kat department lain.

Ok aku floating kat ED nnti.

Sent from my iPhone

Monday, August 4, 2014

Good night msg

Bismillah.

Badan bisa2. Penat sungguh harini. Sudah mula merasakan muscle fatigue sebab exercise setiap hari. Tapi happy bila setiap pagi berat berkurang. Alhamdulillah.

Slowly regain my old hanisah back. I miss my old me yg memang strict in calories intake.

Takutnya nak tahu floating nanti kat mana. Hopefully not ED.

Ok need to sleep now as i need to wake up early to make my slide for my presentation tomorrow.

Good night love.
May Allah grants us Jannah.

Sent from my iPhone

Pathetic

Im pathetic.

Good night.

Sunday, August 3, 2014

Aktiviti raya



Nak tergelak tengok diary activity aku ni.

Dari mula cuti raya 28-31 Julai aku banyak makan tapi beraktiviti kurang.

Tapi alhamdulillah naik 0.8kg sahaja. Alhamdulillah.

Ok sekarang masa untuk pecut semula untuk dapatkan berat badan ideal.

All the best to myself !

Annazofatul minal iman.

Bismillah..

Duduk kejap. Penat.

Dah tua-tua ni mudah penat. Ceh padahal post call nak hidup aktif katanya.

Dulu masa aku muda-muda, aku selalu mengadu kat ibu kalau kene buat kerja rumah. Kerja berkira la senang cakap. Sampai satu tahap aku tak nak kemas rumah langsung biarkan bersepah sebab semua orang tak nak kemas. Aku bukanlah cerewet sangat tapi yelah kan huduh dan sakit mata tengok sepah2. Lagilah bila jadi doktor mana ada masa sangat nak kemas rumah. Paling disaster bila tagging time. Pernah aku upah bibik Indonesia kemaskan rumah ni dan aku tidur tanpa sedar sampailah dia kejut bangun usai selesai mengemas. Alhamdulillah takde barang-barang yang hilang.

Lani bila dah besar housemate sesama doktor wajiblah faham penatnyeee lah oncall time, so kita tak berkira sangat dalam urusan2 rumah ni. Harapnyalah..

Kan kebersihan itu separuh daripada iman. Kan hanisah kan? Dulu warden aku (Ust Joha) pernah pesan, kalau kita buang sampah merata-rata seperti membuang iman.

Jadi dengan iman yang secebis ini janganlah dibuang-buang.



Saturday, August 2, 2014

Habibi dan Ainun

Pernah tengok tak filem tu?

Kisah bekas presiden Indonesia Bj Habibi dan isterinya Dr. Ainun.

Aku tak pernah tgk. Tapi masa aku g Indonesia haritu cerita ni tengah keluar kat panggung. Best katanya.

Cinta sejati seorang isteri yang juga seorang doktor.

Dinner tonight

Friday, August 1, 2014

Kisah JPJ

Semalam aku kene tahan dengan JPJ sebab bawa laju dan potong double line.

Gaya JPJ tahan aku dan minta lesen memandu memang macam nak cari gaduh.

JPJ: bagi saya alasan kenapa awak bawa laju. Kalau takde alasan saya kene bukak buku saman.

Aku: err...

JPJ: apa alasan pertama awak?

Aku: sebab sedara2 saya dah tunggu kat Chaah (nama tempat kat segamat).

JPJ: ok alasan kedua.

Aku: sebab saya nak cepat.

JPJ: ok alasan ketiga?

Aku: (blurrr. Aku nak bagi alasan apa ni) hmmm saya takde alasan.

JPJ: ni kereta siapa?

Aku: ayah saya.

JPJ: (sambil tengok lesen memandu) lahir 88 kerja apa?

Aku: doktor.

JPJ: ohh muda2 dah doktor. Cerah masa depan.

Aku: (senyum kambing)

JPJ: sepatutnya kesalahan awak ni dah kene saman. Tapi atas budi bicara saya bagi amaran awal dulu. Bawa kereta hati2. Takpe sedara boleh tunggu.

Aku: (senyum lega). Terima kasih encik. (Alhamdullillah terima kasih Allah)

Harini balik JB kene bertolak awal jam 8.30. Tak dapat nak merempit JB-segamat 2 jam.

Sent from my iPhone