Friday, July 25, 2014

Nota 5

Terima kasih.

Tak mampu terucap. Tak mampu terluah. Hanya bisa tersenyum. Doa bersungguh2. Mungkinkah....

Sent from my iPhone

Jumaat Barakah

6.30am, 25/7/2014, 27 Ramadhan 1431H

Dear diary,

Alhamdulillah segala puji kesyukuran atas nikmat iman dan islam. Alhamdulillah malam tadi Allah izinkan untuk bangun qiam di malam jumaah barakah 27 ramadhan.

Semalam teman farah beli barang2 hantaran. Sementara tunggu makcik tu wrapping perfume yang di beli, kami ke Popular usha buku. Sempat la sambar 3 buah buku.

Ada satu buku doa ni, aku dah pegang2 tapi tak rasa nak beli. Tak lama lepas belek2 buku tu, farah panggil tunjuk ke arah buku yang sama. Dia suruh aku beli buku tu dan doa sungguh2 malam tadi. Tapi aku tak sempat nak baca semua doa2 dalam tu sebab banyak sangat. Aku sempat baca sampai muka surat 80 sahaja. Moga doa dan hajat yang sikit ini Allah makbulkan.

Tapi sedap la doa2 dalam buku ni.

Nah, highly recommended.


Takpe, takde lelaki idaman pun doa je. Tak salah berdoa.

Ok till then. Harini nak shopping raya dengan farah. Sobs la tahun ni kene beli kasut raya sendiri.

Thursday, July 24, 2014

Finishing Housemanship

8.00am 24/7/2014, 26 Ramadhan 1431H

Bismillah..

Belum sempat lagi nak update tentang diri dalam blog tiada pembaca ini. Aku lebih selesa begini. Biarlah tidak perlu diheboh-hebohkan kehadirannya seperti dulu. Andai coretan-coretan ini bermanfaat pasti ditemui juga satu hari nanti.

Alhamdulillah Alhamdulillah.. tiada lafaz kesyukuran lain apabila semalam aku lulus end posting assessment Emergency Department seterusnya menghabiskan sisa-sisa akhir sebagai houseman. Alhamdulillah berjaya mengharungi 2 tahun housemanship yang banyakkkk kisah suka dan duka. Alhamdulillah.

Selepas Allah hadiahkan aku kegagalan yang sangat bermakna selama seminggu yang lepas, aku banyak koreksi diri. Kenapa aku gagal. Dalam seminggu tu ada hari yang aku rasa down dan salahkan Allah. Kenapa Allah kenapa. Kenapa dalam 7 orang kawan2 aku yang exam sama2 tapi Allah gagalkan aku. Dan alhamdulillah seperti yang aku tulis sebelum ni, ujian ini hanya kejayaan yang ditangguhkan atau orang putih kata A DELAYED SUCCESS.

Sepanjang seminggu ni hanya dua hari aku study. Selebihnya sama ada penat dan pengsan lepas balik kerja atau aku cuba memperbaiki ibadah2 yang lopong. Sepanjang hidup ini aku perasan aku susah nak berjaya kalau only study hard without pray hard. Dan aku sedar di mana silap aku dan kenapa aku gagal masa viva yang pertama.

Kegagalan aku berpunca kerana aku takde rasa tawakkal pada Allah. Aku melangkah masuk dalam bilik pakar dengan kurangnya rasa tawakkal pada Allah. Aku mungkin rasa aku dah study banyak, harapnya dapat jawap soalan2 yang ditanya. Hasilnya bila ditanya soalan yang aku tahu pun aku lupa jawapannya. Astaghfirullah..

Mohon Allah ampunkan kelalaian..

Pagi semalam sebelum exam aku tadarus surah Almukiminun. Ayat pertama surah tu Allah dah janjikan kejayaan padaku. Tenang sikit gemuruh nak exam. Tapi paling sentap bila tiba di ayat 17, Allah berfirman:

Dan demi sesungguhnya Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan ) makhluk-makhluk kami.

Allahu rabbi.. Kadang-kadang aku rasa Allah tak adil sebab tak bagi apa yang aku nak. Kita nak berjaya tapi Allah beri kegalalan. Kita nak kahwin tapi susahnya nak cari jodoh. Kita nak kaya tapi hutang keliling pinggang. Tapi sedar tak kita Allah tak pernah lalai dari menyediakan dan memberi apa yang perlu untuk kita..

Allah.. aku terduduk sayu muhasabah diri. Dan kini aku cuba belajar untuk redho dan bersangka baik dengan Allah.

Jodoh itu pasti datang. Teruskan berdoa dan berdoa.

InsyaAllah.


Monday, July 21, 2014

Nikmat kehidupan



Bismillah.

Alhamdulillah hingga hari ini 23 ramadhan Allah masih panjangkan nyawa walaupun pagi tadi aku bangun jam 6.30am tak sempat sahur dan paling terkilan x sempat qiam. Aku harap malam tadi bukan malam lailatul qadr sebab cuaca hari ni mcm panas je.

Kalau ikut plan asalanya aku xnak balik cuti postcall 19hb. Tapi aku balik juga akhirnya. Dalam perjalanan tu aku perasan brek aku tak makan sangat. Tapi aku tetap bawa laju dalam 160km/j. Ngantuk weh kalai tak bawak laju. Dengan GCS aku yang alert tak berapa nak alert. Tapi sebab nak jumpa syurga jadi kuatkan juga.

Bila dah sampai kat segamat (alhamdulillah) aku terbabas brek kat traffic light. Alhamdulillah xde kereta kat depan.

Jam 4.30pm aku sampai rumah. Ayah suruh hantar bengkel petang tu jugak.

Rupanya banyak gile kerosakkan dalam kereta aku. Minyak brek kering kontang. Brek pad dua tayar belakang rosak. Tangki minyak hitam bocor. Getah aircond rosak. Kipas rosak. Akhirnya terbang rm700.

Walaupun banyak kerosakan di tambah dengan pemanduan yang laju Allah masih pelihara aku dan panjangkan umurku. Alhamdulillah.

Ya Allah. Setiap hambamu kau pegang. Masa hadapan kami kau ketahui. Bantulah kami dalam urusan kami dan dekatkanlah kami dengan mu ya Rabb.
Alhamdulillah.

Semoga berjaya assessment 23hb ni hanisah.

Sent from my iPhone

Saturday, July 19, 2014

Move on

Bismillah..

Alhamdulillah harini Allah bg jawapan pada teka teki. Alhamdulillah Allah pelihara hati ini dari kecewa lagi.

Ok stop that nonsense feeling and move on. The time has not come yet.

Sent from my iPhone

Friday, July 18, 2014

Double Down

Astaghfirullah...

Astaghfirullah...

Harini bangun double down sebab bangun lambat jam 5.30am. Kelam kabut minum air dan sahur apa yang tercapai.

Allah..

Melepas qiam aku di malam jumaat di 10 hari akhir Ramadhan.

Allah ampuni dosaku dan berikanlah aku hidayah seperti mana kau berikan kepada hamba2Mu yang beriman.

Tiba2 jeles dengan Neelofa atas nikmat iman dan hidayah yang Allah berikan padanya.

#prayforMH17

20 ramadhan

Selamat berqiyammulail. Harapnya esok bangun qiam.