Wednesday, January 29, 2014

Resepi


Oklah. Sebelum tidur nak kongsi satu resepi ni. Xtau nak bagi namanya apa.

Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Satu tangkai lada merah
Carrot
Celery
2 biji telur
Satu sudu sos

Bahan A: pecahkan telur dalam mangkuk dan gaulkan dengan sos.

Bahan B: tumiskan bawang merah. Bila dh agak layu masukkan bawang putih dan carrot. Bila carrot dah agak lembut masukkan batang celery dan lada. Bila agak2 dah masak. Masukkan bahan A dan celery yang bahagian daun. Masukkan garam secukup rasa.

Tadaaa.

Resepi yang sihat untuk dinner.

Tuesday, January 28, 2014

Coach

Sebelum tidur nak berkongsi.
Harini pergi membeli belah di giant. Bila sampai di bahagian barang2 basah saya terfikir eh malam ni nak makan apa. Saya ambil ayam bahagian dada dan beberapa jenis sayuran termasuk labu.

Dalam hati terfikir lamanya aku dah tak masak. Tambahan peti ais di rumah sudah lama rosak dan tak dibetulkan. Maka semakin jaranglah kami beli stok barang2 basah.

Akhirnya saya masak labu dan ayam madu panggang. Tanpa nasi dihidangkan saya ratah begitu saja.

Saya sedang coach along saya untuk turunkan berat badan. Saya memang nak tolong dia. Kesian tengok dia gemuk sangat. Mesti kadang2 dia rasa down dengan fizikalnya. Saya nak bantu belikan herbalife tapi mak saya tak kasi makan produk amerika tu.

So back to the basic. Diet and exercise. Calories intake should be less than calories output.

Saya beri along pedometer yang saya beli di cosway. Untuk permulaan ni saya suruh dia target 10000 steps sehari.

Doakan kami. Semoga Allah bantu usaha untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Amin....

Updates

1. Handset samsung Note 2 dah pecah sebab jatuh dan kene langgar kereta. Tak berminat nak kongsi detail cerita tapi nak kongsi saya berjumpa dengan 3 insan yang amanah sebab mereka memulangkan semula handset saya dan dokumen2 peribadi yang diletakkan bersama2 handset tu. Semoga Allah memurahkan rezeki mereka.

2. Harini hari last cuti selepas 4 hari cuti panjang. Tapi raya cina kene kerja sampailah minggu depan hari khamis.

3. Sebelum ni berhajat nak ambil obgyn as my speciality. Tapi dah tukar ke orthopedic. Surat nak join department tak tulis2 lagi. xde idea macam mana nak tulis resume.

4. Target bulan febuary nak kawin. Tapi Allah lebih mengetahui...



Wednesday, January 8, 2014

Thistle jb

Ini kisah semalam.

Semalam hantar kereta pergi workshop. Nak tukar bumper depan sebab dah kopak2. Ayah pun dah berapa kali tegur suruh tukar bumper tu sebab hodoh sangat anak dara  bawak kereta kopak2.

Lepas apek cina tu dah hantar  saya balik rumah baru saya teringat kunci mangga rumah saya satukan sekali dengan kunci kereta.

Allah.. dah saya buntu xtau macam mana nak masuk rumah.

Telefon along. Along habis kerja pukul 6pm xleh nak datang tolong. Housemate lagi sorang kat mahkamah.

Badan dah penat. Otak mahu rehat. Maka ke thistle lah jawabnya. Dekat dengan hospital malah pergi teaching jalan kaki.

Kifarah dosa....

Saturday, January 4, 2014

Hafazan

Mengembalikan apa yang telah hilang.

Entahlah.. rasa macam xlayak nak pegang qalam Allah sebab banyakkkk sangat dosa.

Friday, January 3, 2014

Sushi ayam goreng

Nampaknya sushi ayam goreng mendapat like di instagram lebih byk drp sushi tuna.

Tapi saya lebih suka sushi tuna.
Sushi ayam goreng tu idea adik saya.

Apa2 pun itu adalah cerita semalam. Harini hari pertama saya di ot orthopedic.

Thursday, January 2, 2014

Sushi

Alhamdulillah..

Petang tadi masak sushi untuk minum petang.

Makanan faveret masa student dulu.

Ceh masa student dulu.

Tua dah aku.

Asam pedas

1st resepi:

Mula-mula tumis bawang putih dan bawang merah yang telah diblender. Tumis sekali bersama serai. Masukkan satu sudu halba. Tumis sampai garing. Masukkan lada kisar. Kemudian masukkan air. Masukkan asam. Masukkan asam/lemon. Bila ikan dah masak masukkan daun kesum.


Misi: 1 minggu satu resepi.

Bismillah

Restarting my new blog with a new history.

Bismillah.