Monday, September 29, 2014

District Hospital

Bismillah.

Lama tak update blog.

Selama ni aku ingatkan jadi anaest ni lepak, sbb masa surgeon buat op kita boleh relax main2 nset, tapi ternyata pandangan aku silap. Hasilnya blog sepi tanpa entry.

Ok ni aku nak tulis sikit pengalaman seminggu bekerja di district hospital.

Kan mula2 dulu aku nak appeal, kononnya tak nak pindah segamat. Anyhow, im glad i didnt proceed my appel to JKN.

Dulu aku pernah berbual dgn Dr. Jamaluddin, timbalan pengarah HSA jb, masa open house jamuan hari raya orthopedic. Aku cakap dengan dia, aku dapat hospital segamat tapi aku nak appeal.

Dia cakap dengan aku. Jangan, you are not a VIP doctor. You pergi je segamat. Infact kalau u nak ambil master I akan pilih doctor yang pernah pergi district.

Dan di akhir perbincangan beliau mengingatkan ku sekali lagi sambil membesarkan anak mata, ingat pesanan saya seperti pesanan seorang ayah kepada anak perempuan. Jangan degil.

Dan disebabkan itu, aku tidak degil untuk mengingkari arahan pindah ke segamat.

Selama seminggu aku di hospital segamat, aku rasa menyesal pula tak buat housemanship kat sini huhu. Kat sini HO boleh buat appendicectomy, LSCS. Banyak hands on procedure boleh buat. Terer weh HO sini.

Dan kau tau kenapa aku tulis entry harini. Sebab tadi sebelum balik kerja, ada seorang MO O&G buat EMLSCS mantap gile. Padahal umur dia baru setahun jadi MO.

Hebat weh. Kau tak kan jumpa MO muda kat jb yang baru setahun jadi MO boleh masuk OT buat op sorang2.

Wa makaru wa makarAllah, waAllahu khairul makirin.

Graduan UTEM 2014

Tahniah izzati.

Manufacture engineer.

Alhamdulillah.

Monday, September 22, 2014

Anesthesiologist

Bismillah..

A lot of unexpected things happened in my life.

As today, my day 2 of life in anesthesiology. I have never been expected ill go to persue my career as anesthesiologist but this is what Allah had planned for me.

Well, all the best for my self.

Sent from my iPhone

Sunday, September 21, 2014

20 sept.

Bismillah..

1. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah selepas menghantar adik2 ke mersing. Sampai kat mersing jam 7pm. Kad outing warden dah ambil dari pak guard. Kesan adik2 aku nk fikir apa alasan balik asrama lambat.

2. Selalu orang menangis sebab homesick, aku nak menangis sebab rindu adik2 boleh? Sunyi rumah mereka tiada.

3. Esok lapor diri ke hospital segamat.

4. Harini farah nikah. Tahniah farah.

Tuesday, September 16, 2014

Kembara 5 hari.

Bismillah..

Alhamdulillah selesai kembara 5 hari dari 12/9/14-16/9/14.

Bermula dengan ziarah rumah atuk sempena kenduri arwah atuk dan berjumpa dengan sepupu sepapat. Hari berikutnya ke Melaka untuk bercuti bersama2 Farhanah dan Izzati yang menunggu disana.

Keesokan harinya ke KL kerana adik2 mahu ke Petrosains tapi sayangnya tiket jualan sudah habis. Lantas bershopping buku di Kinokuniya dan minum petang di DOME.

Malam itu memecut laju ke JB sebab kene kemas barang2. Nak harapkan aku buat sorang2 memang tak lah. Lantas mengangkut jentera tentera2 yang berkaliber walaupun banyak cakap haha. Alhamdulillah barang2 semua dah siap kemas, Cuma tinggal untuk diangkut sahaja ke Segamat.

Hari yang sama, aku hantar kereta ke bengkel untuk di simen dan di spray. Kerana teknik memanduku yang 'cemerlang' telah menyebabkan kereta ayah mencium dinding tol. Alhamdulillah dalam sehari kereta siap walau lewat malam.

2 hari kami tinggal di Hotel Selesa Johor Bharu. Alhamdulillah hotelnya selesa, makanan pun sedap. Puas hati lah.

Dan sebelum pulang, shopping  buku lagi di Popular Plaza Pelangi yang mengadakan diskaun hebat sebab katanya mahu ditutup sebab xde ramai pelanggan.

Well. Alhamdulillah selamat pergi dan balik.

Dan sekarang tunggu ibu dan ayah pulang dari Indonesia.

Enjoy our pictures !

Melaka:


 Homestay ni best. Tandasnya bersih. Sebagai bukan penggemar homestay, homestay ini bakal menjadi pilihan hati untuk menginap sekelurga di lain hari. Harga satu malam rm 150.00.
Untuk maklumat lanjut boleh ke website: http://homestaygangsa.blogspot.com/



Di Muzium Kastam. Masuk free.


Di Muzium Pembinaan Melaka. Masuk pun free.

Cover Album.




 Aktiviti petang di Taman Botanikal Melaka. Satu basikal rm5.00. Best naik basikal sebab aku dah lama tak naik basikal.

Kuala Lumpur:


 DOME KLCC. Tazkirah asar dan perkongsian hati ke hati kami 6 adik beradik.

Johor Bahru:

 All time favourite. Croissant and non-salt butter.

  First time pakai tudung bebelit. Mengambil masa lebih 10 minit berbanding pakai tudung lerang 60.




 Ibu dan ayah. Honeymoon ke Indonesia

Jurukamera yang tak berapa pandai tapi doktor. LOL


Ahli rombongan. Setiap seorang di minta membayar yuran rm100.

Alhamdulillah selesai.

Ok maghrib. K bye.

Friday, September 12, 2014

2009

Cuti sekolah

Bismillah...

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.

Alhamdulillah harini bermula cuti sehingga 20hb sebelum aku melapor diri ke Hospital Segamat 21hb ini.

Aku masih memikirkan tentang masa hadapanku. Kepakaran manakah yang aku mahu ceburi. Minatku lebih kepada surgical based, tapi kalau aku jadi surgeon most probably i will compromise my family. And i am a family type of person. Dan jiwa aku lebih cenderung untuk menjadi seorang anak, isteri dan ibu.

Dan aku berfikir tentang option yang ada iaitu Perubatan Rehabilitasi. Rehab masih baru di Malaysia. Dan pengambilan masternya adalah limited.

Hmmmm harus istikharah..

Pagi tadi hantar ibu dan ayah ke pintu. Mereka akan ke indonesia sempena rombongam pengetua2 Segamat cuti sekolah ni. Sedih pula rasa. 

Tapi takpe, aku dah buat plan untuk membusy kan diri supaya adik2 tak rasa sedih sangat ibu dan ayah xde cuti sekolah ni.

Tapi apa2 pun, harini kene betulkan kereta dulu sbb tiba2 enjin tak berfungsi.

Selamat bercuti dan berhujung minggu bersama keluarga.

Monday, September 8, 2014

Sunday, September 7, 2014

Johor bharu - Segamat

Bismillah..

Alhamdulillah alhamdulillah untuk hari ini.

Usai mengemas dan melipat baju satu almari. Baru tersedar punyalah banyak baju kurung yang aku ada (ambil ibu punya), tapi selalu asik rasa baju tak cukup. Perempuan memang pelik.

Sayu pula rasa bila kemas2 barang. Adakah akan berakhir kehidupan ku di bandaraya mahal johor bharu atau ini hanya permulaan. Allahu 3alam.

Kawan2 yang dapat HSA harini upload gmbar di facebook, future radiologist, emergency physician, cardiologist, paediatrician. Aku?

Well, Allah knows best. Put your trust in Allah, and He wont dissapoint you.

Baca status facebook Iman Dasuki, dia nukilkan rasa hatinya yang merindu ardul kinanah mesir. ALLAHURABBI. Aku juga merindui Mesir, tapi tak mampu aku nukilkan dengan kata2. Walaupun dulu study di Jordan, rinduku pada Jordan tak sekuat rinduku pada Mesir.

Mesir unik habaq hang.

Thursday, September 4, 2014

Non halal

Bismillah..

Harini frust tak tahu sebab apa.

Pagi2 dah call ibu tp ibu tengah dengar tazkirah. So call along melepaskan ke frust an.

Frustnyaaaaa. Tp xtau stress sbb apa. Perubahan hormone yang kau tak jangka.

Tapi semalam makan kat kedai Le Gourmet. Selalunya kalau aku makan makanan tak diyakini halal ni hati aku rasa gelap dan frust sgt.

So Le Gourmet termasuk dalam list non halal utk aku selain daripada kedai roti SDS, KARABAO.

Wednesday, September 3, 2014

Samsung tab 4

Bismillah...

Harini balik kerja kononnya nak study sambil baring2 melepaskan sakit2 belakang tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat screen tab sony xperia ku retak seribu.

Terus call farah dan meluahkam rasa keciwa. Tak sampai setahun pun beli tab tu.. sobs sangat.

Lantas terus ke plaza angsana kerana jaraknya hanya sekangkang kera.

Dan alhamdulillah sekarang sedang meng explore samsung tab 4.

Aiyoooooo pengsan ayah aku kalau tahu ni. Dia dah banyak kali geleng kepala tengok sistem ekonomi pengawalan duit yang rosak oleh anaknya yang no 2 ni.

Mohon bakal suami pakar ekonomi berjaya  ameem ameen.

Good night.

Monday, September 1, 2014

LUCY

Nak update status kat FB, im watching LUCY nanti ramai pula komen OMG TAK AJAK.

So aku tulis review aku tentang filem ni kat dalam blog saja.

Sebenarnya terpengaruh dengan @faizdickievp sebab dia ada wrap up filem LUCY dalam videonya di Instagram. So disebabkan natural curiosity yang tinggi sangat dalam diri ini, makanya aku pun teringin nak tengok cerita tu.

Cerita ni diklasifikasikan sebagai 18sx, tapi alhamdulillah takde scene yang mencolok mata atau yang tak sepatutnya. Tapi cerita ni fiksyen sains yang as usual fiksyen sains selalu tak masuk akal. Tapi cerita ni tak bosan la sebab kau akan tertanya-tanya what is next.

Aku bagi 3.5 bintang daripada 7 bintang.

Ayat professor yang aku suka adalah: matlamat hidup kita kat dunia adalah menurunkun sesuatu yang kita ada. Well said. As a muslim, Allah clearly state in the Holy Quran that our purposes of life are to be a khalifah and ibadah only for Allah. So in this case apa yang aku nampak apa yang professor kata tu betul. Bahawa hidup ini adalah menyebarkan nikmat ISLAM dan IMAN yang kita ada.

Hmmm tak mudah nak praktikkan dalam kehidupan.

Ok cukup perkongsian. Aku tengah sedih sebab charger jam polar loop activity tracker aku hilang. Dan aku tak nak beli jam baru sebab aku dah ada 6 jam. Yes ENAM jam dan semua jam2 itu aku dah bagi pada adik-beradik aku. Dan aku sekarang sedang berjimat cermat lambang gaji ku sekarang sudah dipotong RM 600 dan elaun kenaikan gaji ke UD44 belum berkuat kuasa.

So nak buat locum tak hanisah?

Till now, my answer is no. Thank you for your offer. Im sick seeing patient.