Bismillah...
Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.
Alhamdulillah harini bermula cuti sehingga 20hb sebelum aku melapor diri ke Hospital Segamat 21hb ini.
Aku masih memikirkan tentang masa hadapanku. Kepakaran manakah yang aku mahu ceburi. Minatku lebih kepada surgical based, tapi kalau aku jadi surgeon most probably i will compromise my family. And i am a family type of person. Dan jiwa aku lebih cenderung untuk menjadi seorang anak, isteri dan ibu.
Dan aku berfikir tentang option yang ada iaitu Perubatan Rehabilitasi. Rehab masih baru di Malaysia. Dan pengambilan masternya adalah limited.
Hmmmm harus istikharah..
Pagi tadi hantar ibu dan ayah ke pintu. Mereka akan ke indonesia sempena rombongam pengetua2 Segamat cuti sekolah ni. Sedih pula rasa.
Tapi takpe, aku dah buat plan untuk membusy kan diri supaya adik2 tak rasa sedih sangat ibu dan ayah xde cuti sekolah ni.
Tapi apa2 pun, harini kene betulkan kereta dulu sbb tiba2 enjin tak berfungsi.
Selamat bercuti dan berhujung minggu bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment