Tuesday, September 16, 2014

Kembara 5 hari.

Bismillah..

Alhamdulillah selesai kembara 5 hari dari 12/9/14-16/9/14.

Bermula dengan ziarah rumah atuk sempena kenduri arwah atuk dan berjumpa dengan sepupu sepapat. Hari berikutnya ke Melaka untuk bercuti bersama2 Farhanah dan Izzati yang menunggu disana.

Keesokan harinya ke KL kerana adik2 mahu ke Petrosains tapi sayangnya tiket jualan sudah habis. Lantas bershopping buku di Kinokuniya dan minum petang di DOME.

Malam itu memecut laju ke JB sebab kene kemas barang2. Nak harapkan aku buat sorang2 memang tak lah. Lantas mengangkut jentera tentera2 yang berkaliber walaupun banyak cakap haha. Alhamdulillah barang2 semua dah siap kemas, Cuma tinggal untuk diangkut sahaja ke Segamat.

Hari yang sama, aku hantar kereta ke bengkel untuk di simen dan di spray. Kerana teknik memanduku yang 'cemerlang' telah menyebabkan kereta ayah mencium dinding tol. Alhamdulillah dalam sehari kereta siap walau lewat malam.

2 hari kami tinggal di Hotel Selesa Johor Bharu. Alhamdulillah hotelnya selesa, makanan pun sedap. Puas hati lah.

Dan sebelum pulang, shopping  buku lagi di Popular Plaza Pelangi yang mengadakan diskaun hebat sebab katanya mahu ditutup sebab xde ramai pelanggan.

Well. Alhamdulillah selamat pergi dan balik.

Dan sekarang tunggu ibu dan ayah pulang dari Indonesia.

Enjoy our pictures !

Melaka:


 Homestay ni best. Tandasnya bersih. Sebagai bukan penggemar homestay, homestay ini bakal menjadi pilihan hati untuk menginap sekelurga di lain hari. Harga satu malam rm 150.00.
Untuk maklumat lanjut boleh ke website: http://homestaygangsa.blogspot.com/



Di Muzium Kastam. Masuk free.


Di Muzium Pembinaan Melaka. Masuk pun free.

Cover Album.




 Aktiviti petang di Taman Botanikal Melaka. Satu basikal rm5.00. Best naik basikal sebab aku dah lama tak naik basikal.

Kuala Lumpur:


 DOME KLCC. Tazkirah asar dan perkongsian hati ke hati kami 6 adik beradik.

Johor Bahru:

 All time favourite. Croissant and non-salt butter.

  First time pakai tudung bebelit. Mengambil masa lebih 10 minit berbanding pakai tudung lerang 60.




 Ibu dan ayah. Honeymoon ke Indonesia

Jurukamera yang tak berapa pandai tapi doktor. LOL


Ahli rombongan. Setiap seorang di minta membayar yuran rm100.

Alhamdulillah selesai.

Ok maghrib. K bye.

No comments:

Post a Comment